Assalamualaikum n salam sejahtera...tahan dulu air liur 2...jgn kasi leleh...bha..ha..ha.ha...khamis lepas try resepi baru...CHEESE MUFFIN. ..Seperti dalam gambar ya...anak-anak n en.suami tersangatla suka....mudah..cepat...pastinya sedap... (sapa mau puji kalau bukan diri sendiri....kannn)
Kalau nak beli x cukup rasanya 5 biji...mau be double-double kuantitinya...
Disini saya kongsikan sedikit resepi yg mmg pastinya mudah...
Bahan Kering :
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
3 sudu besar gula kastor...
1 sudu teh garam
Bahan Basah :
1 biji telur gred A
1 cawan susu segar/ susu cair
1/2 cawan minyak jagung / minyak masak
1/2 cawan cheddar cheese - diparut
Coklat cip.
Cara-cara :
Ayak bahan kering tepung - baking powder - gula kastor dan garam. Ketepikan.
Di mangkuk lain campur bahan basah telur - susu - minyak. Pukul dengan hand whisk sekejap saja sekadar bercampur.Tak perlu hingga kembang.
Tuang campuran telur yang dipukul tadi ke campuran tepung dan gaul rata.
Tak payah gaul lama sangat sekadar bercampur saja.
Kemudian masukkan keju parut dan gaul lagi hingga tercampur rata. Masukkan coklat cip n gaul rata.
Sudukan adunan ke dalam acuan muffin yang sudah diglis sedikit butter dan ditabur sedikit tepung. Boleh juga kalau nak diletak dalam papercup isi 3/4 penuh. Tabur sedikit parutan cheddar cheese diatas nya kalau suka.
Panaskan oven 180 - 200C, bakar selama 20 - 25 minit atau hingga muffin masak.
NOTA : Muffin memang termasuk kuih yang padat dan agak keras. Membuat muffin, telur tidak perlu dipukul, cukup dipukul dengan hand whisk saja. Suhu oven sebaiknya tinggi, 180 - 200 C. Panaskan oven dahulu selama 15 minit. Bila dah masukkan adunan muffin baru turunkan suhu oven. Insya'Allah si muffin akan menjulang dengan cantiknya.Ayak bahan kering tepung - baking powder - gula kastor dan garam. Ketepikan.
Di mangkuk lain campur bahan basah telur - susu - minyak. Pukul dengan hand whisk sekejap saja sekadar bercampur.Tak perlu hingga kembang.
Tuang campuran telur yang dipukul tadi ke campuran tepung dan gaul rata.
Tak payah gaul lama sangat sekadar bercampur saja.
Kemudian masukkan keju parut dan gaul lagi hingga tercampur rata. Masukkan coklat cip n gaul rata.
Sudukan adunan ke dalam acuan muffin yang sudah diglis sedikit butter dan ditabur sedikit tepung. Boleh juga kalau nak diletak dalam papercup isi 3/4 penuh. Tabur sedikit parutan cheddar cheese diatas nya kalau suka.
Panaskan oven 180 - 200C, bakar selama 20 - 25 minit atau hingga muffin masak.
Sesiapa yg rajin pastinya boleh buat business....jgn lupa sama wa ha.... kalau dah buat makan tu beringat-ingat...kolestrol tinggi...kang jadi lupa diri pulak...
Oh ya...untuk 1 adunan boleh dpt dalam 12/13 cup...sesiapa yg anak ramai atau penggemar tegar cupcake silala buat lebih dari satu adunan....dan untik lebih menarik...hiasla atas dia (kalau untuk dijual pastinya menarik.) Oklah ya....selamat mencuba resepi ini...tata titi tutu. ..♥♥♥