Ni kononnya buat satu bekas besar...sekali mlm td tgk asal mcm tggl sikit...rupanya mmg ttg sedikit.... x pelah..janji dimakan bukan dibuang...kan dah jadi membazir plak...
Disini saya kongsikan resepi cara buat jeruk mangga tanpa pengawet...
Bahan2nya :
Buah mangga muda (ikut suka bape
biji..nak byk jadinya..byk mangganya)
Sedikit air kapur sirih & garam ( nak bg rangup)
Sediakan air gula yg mmg cukup manis (masa rebus air gula campurkan gula batu untuk kekal rangup)
Cara membuatnya :
Potong mangga jgn terlalu tebal n terlalu nipis... (tgk dlm gambar yg saya sertakan). Siap potong mangga basuh bersih2 dan kemudian rendam ngan air kapur sirih+ sedikit garam.harus diingat garam dan kapur sirih jgn terlalu banyak nanti akan jadi pahit..rendam semalaman..
Selepas semalaman, basuh bersih2 dan toskan kemudian letak dalam 1 bekas dan siramkan dengan air gula tadi..pastikan air gula tadi dah sejuk atau suam2 kuku dan betul2 manis... biarkan sehari atau sehingga jadi..kemudian bila dah jadi jeruknya masukkn dalam peti ais...bukan apa, takut basi sebab tidak menggunakan pengawet atau ubat...sedia untuk dimakan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan